06 December 2010

Cureable Ouch ?


aku maafkan kau sebab aku juge manusie biase...
standard ar tu ..sume orang wat salah!
SUMPAH.. aku maafkan kau..tgk sampai aku kena taip Sumpah! waaaaaaaaaa ...
aku cume harap ia tak kan seperti dulu.aku x tau nak cakap ape tapi yang pasti aku dah x marah aku dah x geram dah dan aku dah x ape2!kire ak dah redho kot? hehe..
DEMI ALLAH aku x berdendam atau ape2 aku cume tak de hati dah...tolonglah..jan wat otak aku serabut lagi..ok? hehehe
hati aku xnak ade ape2 dan x nak juge peluang seterusnye..sebab ia memg x perlu..

.aku penat.. tapi jangan risau aku OK dengan keadaan aku..
ini memang yang terbaik.

yang pasti ak memang maafkan kau..
jadi x perlu minx maaf sebab aku memang dah maafkan.. penat woo!aku asyik ulang ayat same je..sebenarnye post ni hanye nak tulis anda dimaafkan! xdo mkno ea nak dondam2! jadi senyum ok! ;)




do not step over her heart line , sbb dia nak berehat ! hehehe ;p


ngek.

01 December 2010

My little sista ! ;p


hari in adik bongsu aku demam..kiteorg pggl die 'baby'..die baru darjah 2 ! ^^



ni name die baby!! ;p


die asyik nangis..pening pale.. sian die.. kalau da demam perangai die lain mcm sikit!
hehe..
da makan ubat da..arap2 die cepat sembuh! Amin~~
soo bile die da demam die kate die nak mam bubur..jadi ak pun masakkan bubur..



bubur segera!


hehe.. tuk awak baby ^^

pastu die suh suap..pastu die suh urut pale die sbb die pening! sebagai akak kite x leh melawan ! hehehe :p
jadi ak pun buatlah .. hehehe..

pastu akak aku yg no 3 tu petang tadi masak masak ! besh !! suke3! sbb aku memang ske makan ! hehehe ^^


aku ikutkan memang jarang update ..maklum lo busy!busy!busy! hehe :p
macam mane nak jadi budak baik yang x busy ek?? hee
ade cadangan kawan2? hehe :p




ni dak yang giler busy! gambar gi bayar yuran time cuti *kantoi lambat bayar yuran ;p

eti.


22 November 2010

KIDS & BABY PHOTO CONTEST



terima kasih sebab meng TAG aku aefa!

syarat -syarat penyertaan.

1. anda mesti menjadi follower blog kedua saya. http://sweetlikekisses.blogspot.com.Selepas ini pemenang akan di umum di blog baru:)..

2. anda mesti tag kepada 8 orang minimum.tidak boleh kurang.dan bila anda telah tag anda mesti inform pada kawan anda yang mereka telah ditag.:)

3. letakkan banner contest di sidebar anda.

4. anda mesti sertakan satu gambar.tidak kisah gambar anda zaman baby,zaman anda budak budak,gambar adik anda,gambar anak anda,gambar anak saudara anda..

5. hantar link entry anda didalam kotak komen entry contest ini.

6.mesti mulakan title entry dengan nama contest.

7. wajib diberitahu didalam entry tentang contest ini dan hadiah yang bakal diberi kepada pemenang.


tarikh tutup sehingga 30 november 2010 .tetapi terpulang pada saya jika hendak menamatkan tarikh lebih awal:)..so be alert!:)


hadiah yang bakal dimenangi ialah earring dari lazo diamond jewellery.white gold.




die ni anak buah saye yang pertama.name die HANA CHAN!!!!!!!!!
LOVE U SOO MUCH HANA! ^^
die baru 11 bulan.. die lahir 31 DISEMBER 2009

8 orang yang di tag oleh saye selepas saye di tag cik AEFA :










eti.

19 November 2010

Ice blended Tiramisu ;p


cerite bermule bile aku tido balik lepas solat subuh pagi tadi..
aku dikejutkan dkt kul 9 sebab nak g melawat kubur arwah papa aku..
sebab aku bangun lambat maka aku tak dibenarkan mandi..ingat nak mandi terus mase bgun subuh tadi tapi sebab agak lewat tuk solat subuh maka aku terus solat.. ak ngantuk giler sebab ak tido lewat semalam..kene bebel2 sikit..ak ngan 2 orang akak aku tadi.. kiteorg je g melawat kubur arwah papa..sebab adik2 gi sekolah! (hari last)
mama g kije..
akak2 cuti smpai ari ahad..
pas bace yassin sume.. g carrefour..beli barang..sebelum tu..mari sedekahkan al fatihah tuk arwah papa aku..tqsm! :)

sebenarnya hari ini aku makan dengan banyaknyer sebab aku memang seorang yang suke makan
sekarang ni aku dah turun berat badan sebanyak 7 kg dalam masa 6 bulan! dasyat an?? sbb ak kat UKM asyik turun naik bukit... aku tak kesa jalan jauh sbb dulu2 aku memang pelari jarak jauh.. tapi sekarang ni da meningkat usia... hehehe.. ak jadi sedikit pemalas!!! ,aku nak GEMUK!!! (bukan tak bersyukur tapi aku harap ak dapat balik berat aku yang dulu)
aku bukan lah kurus sangat tapi kurus sikit.. hehe.. tiba2 je aku cakap cam ni! :p (ntah pe2)

mule2 pagi tu aku keluar dengan akak long n k.nun.. makan kat food court(nasi goreng+telur dadar)
pastu time sume orang gi semayang jumaat kiteorang gi makan kat Laksa Shack! (ak order ice blended tiramisu + asam laksa )
pastu terus balik rumah pas membeli barang sikit.. makan soto yang mama dah masak ! sedap giler tau! :p
pastu keluar balik tapi dengan kak ngah + k.nun makan kat Kenny .. ingat nak makan kek Chocholate Chip Walnut dan choc indulgence dan strawberi dan cheese tu dan semua lah ? *giler tamakkan ? heeee ;p tapi bertukar fikiran gi makan ayam Kenny! hehe :p

sepatutnye ak wat post sal raye korban.. tapi aku wat post sal makanan lak!
apepun kite jangan lupa bersyukur pada ALLAH atas segala nikmat yang tak terhingga yang diberikan oleh Nya kepada kite.. Semoge kite menjadi insan yang bersyukur! ameen . ;p



minum ice blended tiramisu (muke tak mandi)



eti.

01 October 2010

derma darah jom ! ;)


semalam ( 30 SEPT 2010) ak derma darah! hehe.. campur semalam baru kali ke 2 ak derma. hehe
lame giler ak x up date blog.. .. bz giler..
tadi pun ak abish lab pukul 6.05 .. penat!! waaaa T_T
sebenarnye aku nak share ngan korg sal jenis darah dan sifat sesorg....
ia hanyelah kajian.. jangan terlalu obses!!! hehehehe... ak darah B! korg?


M
enurut salah sebuah institut di Jepun, kajian yang dilakukan ke atas jenis-jenis darah yang mengalir di dalam tubuh manusia ternyata mampu memberi gambaran terdekat mengenai keperibadian individu itusendiri. Ingin berkongsi rahsia mengenainya?


Mari kite lihat hasil kajian nya :



*DARAH O
Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan. Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan berusaha untuk mencapaimatlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya kamu dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu kamu juga terlalu seriusdalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri kamu sendiri. Oleh yang demikian kamu harus lebih bijak mengawal emosi diri mu agar tidak dikuasai dengan tekanan.

*DARAH A
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup kamu. Kamu gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan kamu juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Kamu bijak bergaul dengan individu disekeliling mu dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan mu.Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri kamu itu melambangkan bahawa kamu tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya kamu agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat.Kamu harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu lekadengan kerja-kerja kamu itu, kesihatan diri pula yang terabai.

*DARAH B
Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan mu. Kamu lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula kamu adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, kamu lebih gemar melaksanakannya dengan cara kamu sendiri. Kamu adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri kamu untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu. Kamu adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap kamu yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri mu dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Kamu harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.

*DARAH AB
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Kamu juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling mu berasa selesa untuk berdampingan dengan mu. Kamu juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria.Namun ada satu perkara yang harus kamu perbaiki dalam diri kamu itu.Kamu perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri kamu sendiri."


*27 January 2014 : saye dah derma darah 6 kali dan x sabar nak capai mencapai 2 angka ! hehehe

syu.

13 July 2010

Why do we read Quran, even if we can't understand a single Arabic`!


This is a beautiful story of an Old American Muslim lived on a farm in the mountains of eastern Kentucky with his young grandson. Each morning Grandpa was up early sitting at the kitchen table reading his Qur'an.


His grandson wanted to be just like him and tried to imitate him in every way he could.
One day the grandson asked, "Grandpa! I try to read the Qur'an just like you but I don't understand it, and what I do understand I forget as soon as I close the book. What good does reading the Qur'an do?"


The Grandfather quietly turned from putting coal in the stove and replied, "Take this coal basket down to the river and bring me back a basket of water."


The boy did as he was told, but all the water leaked out before he got back to the house. The grandfather laughed and said, "You'll have to move a little faster next time," and sent him back to the river with the basket to try again.

This time the boy ran faster, but again the basket was empty before he returned home. Out of breath, he told his grandfather that it was impossible to carry water in a basket, and he went to get a bucket instead.

The old man said, "I don't want a bucket of water; I want a basket of water. You're just not trying hard enough,"and he went out the door to watch the boy try again.
At this point, the boy knew it was impossible, but he wanted to show his grandfather that even if he ran as fast as he could, the water would leak out before he got back to the house.

The boy again dipped the into river and ran hard, but when he reached his grandfather the basket was again empty. Out of breath, he said, "See Grandpa, it's useless!"



"So you think it is useless?" The old man said, "Look at the basket."
The boy looked at the basket and for the first time realized that the basket was different

. It had been transformed from a dirty old coal basket and was now clean, inside and out.

"Son, that's what happens when you read the Qur'an. You might not understand or remember everything, but when you read it, you will be changed, inside and out. That is the work of Allah in our lives."

eti.

waktu waktu doa dimakbulkan , insyaAllah ;)





  • MALAM JUMAAT ATAU SIANGNYA
  • MALAM HARI RAYA AIDIL FITRI
  • MALAM HARI RAYA AIDIL ADHA
  • MALAM 10 MUHAMRRAM
  • MALAM NISFU SYA’ABAN
  • MALAM ‘LAILATUL QADAR’
  • MALAM SEPERTIGA MALAM YANG YANG AKHIR
  • KETIKA HENDAK BERBUKA
  • ANTARA AZAN DAN IQAMAH
  • PADA WAKTU KHATIB DUDUK ANTARA DUA KHUTBAH
  • SETELAH SELESAI SOLAT FARDHU
  • ANTARA ZOHOR DENGAN ASAR
  • SELEPAS KHATAM AL-QURAN
  • KETIKA MULA-MULA TURUN HUJAN TERUTAMA SELEPAS KEMARAU
  • SETELAH MELAKUKAN AMAL SOLEH
  • S ELEPAS BERSEDEKAH KEPADA FAKIR MISKIN
p/s : berdoalah dengan penuh keyakinan pada ALLAH ^_^

syu.





jealousy


Setiap insan yang dilahirkan pasti mempunyai perasaan cemburu. Tidak kira semasa zaman kanak-kanak, remaja mahupun di kala usia mencecah batas dewasa, perasaan cemburu tetap wujud dalam sanubari manusia. Bagi pasangan yang bercinta, cemburu sentiasa mewarnai hubungan kasih yang disemai bersama.

Cemburu sering dikaitkan dengan kaum Hawa. Percaya atau tidak, lelaki juga mempunyai perasaan cemburu yang terselindung di sebalik egonya. Malah tanpa disedari lelaki zaman ini juga ada kalanya menyimpan perasaan cemburu yang mengatasi kaum perempuan.

Jom kita lihat indeks cemburu kaum lelaki menurut bintang kelahiran…

Aquarius
Lelaki Aquarius biasanya akan menggunakan ayat-ayat yang memerli untuk menunjukkan cemburunya. Jangan ingat dia sedang bergurau. Apabila topik perbualannya hanya tertumpu pada seseorang saja, maka ternyatalah bahawa dia sedang cemburu.
Indeks: xxx

Pisces
Lelaki yang paling mulia dan baik hati, lagi kuat cemburunya. Tak lain dan tak bukan adalah lelaki Pisces. Indeks cemburunya amat memeranjatkan. Kalau kekasihnya menderhaka kepadanya, dia akan menjadi seperti wanita meraung-raung. Air matanya juga akan tenggelamkan anda.
Indeks: xxxxx

Aries
Lelaki Aries mempunyai sifat diktator secara semulajadi. Selain seorang yang memerintah, dia juga suka mengawal orang lain. Tidak kira dalam apa jua perkara, dia juga berharap menggunakan tenaga dan kuasanya untuk menyelesaikannya. Apabila berhadapan dengan musuh kekasih, dia akan segera mengambil tindakan untuk menyebabkan pihak lawan undur dari mengurat kekasihnnya.
Indeks: xx

Taurus
Lelaki Taurus adalah lelaki yang peramah dan sangat jujur. Tapi jangan ingat dia tidak tahu cemburu. Dia tidak dapat terima kekasihnya menderhaka kepadanya. sekiranya dia dapat tahu anda keluar makan malam dengan lelaki lain, buatlah persediaan untuk memberi penjelasan kepadanya.
Indeks: xxxx

Gemini
Lelaki Gemini hanya menganggap cemburu itu sebagai satu permainan saja. Dia ialah seorang yang suka bermain-main. Oleh itu, dia paling benci akan cinta secara paksa. Malah dia tidak akan mungkin melepaskan peluang untuk berkenalan dengan wanita lain walaupun sudah memiliki kekasih. Jadi, indeks cemburu lelaki Gemini adalah kurang berbanding dengan lelaki Zodiak lain.
Indeks: xxxx

Cancer
Secara kebetulan lelaki cancer terbalik dengan lelaki Gemini. Dia tidak akan berjauhan dengan kekasih malah selalu berhimpit dengan kekasih. Ini adalah kerana dia mempunyai perasaan kekosongan dan juga perasaan tidak selamat. ( jangan ingat hanya perempuan saja yang mempunyai perasaan tidak selamat.) Bayangkan kalau kekasihnya meninggalkanya, cemburu pasti akan menghuru-harakan dunia ini.
Indeks: xxxxx

Leo
Lelaki Leo sangat ego dan juga sangat tabah. Dia tidak akan cemburu kerana perkara yang remeh temeh. Dia tidak akan menyebabkan air muka dirinya jatuh kerana cemburu. Walaupun kekasihnya telah melakukan perkara yang membuatkannya marah, namun dia tetap akan mengekalkan perasaan yang tenang untuk berbincang dengan kekasihnya.
Indeks: xx

Virgo
Cemburu lelaki Virgo amat memeranjatkan. Lelaki Virgo tidak mempunyai hati yang lapang dan juga pemikiran yang luas. Cemburu telah menjadi perkara biasa dalam kehidupan pasangan ini. Walaupun dia amat mencintai kekasihnya, namun tetap bergaduh besar dengan kekasih kerana cemburu.
Indeks: xxxx

Libra
Lelaki Libra mementingkan imejnya yang bertatatertib. Disebabkan cemburu akan menjejaskan imejnya, maka dia rela mengekalkan penampilan yang baik. Sebenarnya dia tidak ingin menimbulkan perselisihan dengan kekasih akibat cemburu yang akan menjejaskan hubungan mereka.
Indeks: x

Scorpio
Semakin mendalam cinta terhadap kekasih semakin kuat cemburu. Inilah yang boleh menggambarkan lelaki scorpio. Dia menghormati dan cinta sepenuhnya terhadap kekasih. Tetapi cemburunya juga tidak kurang. Sekiranya kekasihnya menunjukkan sebarang kemusykilan, maka dia akan menunjukkan cemburunya.
Indeks: xxxx

Sagitarius
Lelaki Sagitarius juga boleh cemburu. Namun cemburunya datang dengan cepat, pergi juga cepat. Dia selalunya cemburu sebelum mengenal pasti perkara sebenarnya. Apabila mengetahui hal sebenarnya cemburu pun reda. Tapi, apabila dia ada matlamat baru dia akan meninggalkan kekasih yang sering membuatnya cemburu.
Indeks: xxx

Capricorn
Lelaki Capricorn mempunyai sikap yang pesimistik. Dia merasa rendah diri di dalam kehidupan. Apabila dia berasa cemburu, dia tidak akan tunjukkan pada kekasihnya sebaliknya akan mengeluarkan ketidakpuasan ini pada tempat lain seperti sukan atau di tempat kerja.
Indeks: xxx


ngek.

iklan ni memang menakjubkan!!!!


fuh...hbt giler torchlight die kai bateri energizer!

giler Hot!

span yg benar2 menyerap... :P

sampai tertido...ciannyer............ hehe

pewarna kuku~!





10 July 2010

rainbow of life ;)

keikhlasan adalah kebahagian hati tiap tiap manusia , pastikan keikhlasan yang diberi dan insyaAllah akan ada sinar menanti , dalam apa apa jua perkara . put a cordial of it ! dan anda akan rasekan kelainan nya , do trust ur instinct ! ok , bye , hehehehehe ;p

eti.

make your own yoghurt ;)

wahhhhhhhhh...besh nyer!!!hehehehe.....

ini adalah yogurt..bukan mayonis! nanti ak ajar wt mayonis...lagi senang dari yogurt!! seyes!! :P

ske...ske...ske.... ^_^

material:

fresh milk(1000ml)
starter culture (plain yogurt-perisa asli tu)
glucose/sucrose(sugar)
non fat solid content(susu tepung)

container (tuk isi die apabile siap)

  1. panaskan 'fresh milk'+ susu tepung lbh kurg 70-90g dengan api yg x bape kuat selame 30 minit
  2. tambahkangule lebih kurg 100g-130g tuk 1000ml susu segar
  3. biarsejuk (mcm suam2 tu)
  4. tambah 1-2 sudu plain yogurt(2-4% dari jumlah susu segar) & kalau nak perasa pun leh ltk tme ni
  5. incubate/eramkan dalam suhu panas sikit dari keadaan sekeliling dalam 40-450C (kalau tme wt lu ltk lam waterbath..tapi kalu wat kat uma letak kat lam ovn ke?? o tmpt kekalkan suhu telur tu??) !suhu kne maintain selama 6-8 jam cm tu?
  6. pastu simpan lam chiller! n dah leh mkn!!!
selamat mencube!!!! make sure u all try!! hehe... ni sume tme blajo dulu..kiteorg wat dulu sedap gak!! hahahhaha.... p/s : kalau nak tnye masalah tentang pembuatan kek..leh tnya akak ak yg pro iaitu cikAinun (tekan name die)! mane le tau nk try wt kek.. nk gne topping ape?tepung ape ke??? hehehehehe....

eh2! ade lagi.. nak gtau nape sebenarnye anda dan aku perlu mkn yogurt! hehehehe............... :P
kerana :
  • prevent stomach infection!
  • help to boost da immune systm!
  • friendly bacteria hlp to digest food!
  • decrease lactose intolerance (bakteria membantu menguraikan laktosa yg dlm susu tuk org yang ade maslh lactose intolerance!
Great to be good! all the good in YOU!! hehehe...

important : maka..jangan lupe mkn yogurt!!! hehehehe ;p

syu.

09 July 2010

owh Mario Lopez ! ;)

u drive me crazy ! yeah , u are the one ! sape setuju mamat Mario Lopez nie cumel lagi handsome ? sile angkat tangan ! \^^/ hehehe ;p



u look soo cute ! ;p


syu.

15 June 2010

sweet & kind ;)


Soft and warm

Sealed with care

Sweet and kind

Will ever share

Brave and strong

Yet so fair

That is her

She's always there

Sensitive

to despair

Harkens to

others welfare

Delicate

she's elsewhere

Beautiful

beyond compare

If you meet her

Best Beware

She'll steal your heart

unaware

Her name is Love

This I swear

There's none like her

anywhere

*thanx ;)


ngek.


Miss Shoeshe ;p


nape miss shoeshe ? hehe ;p

meh, nak gtau ! *shhhh, , ini rahsie ! hehe ;p

dulu mase (pas abis Spm) , cerita lame ni , heee
aku kije part time kat restoran fast food , make mase ak jadi cashier ade mamat australia ni tnye name aku ,ak borak2 ngan die jap smbil ambik order.

ak ckp ar name ak syu...! lepas tu tbe2 die terkejut sambil tunjuk kasut die kat ak?



pastu die cakap . 'hah..shoe??' (ayt sume pas diterjemahkan oleh ahli bahse plg teruk - miss shoeshe!) hehe


dieorg ade 3 org cume mamat sorg ni je lebih sikit nak borak bnyk2, hee ak layan jelah *dah tentu ak kne duduk kat tmpat cashier tu je kan?
hehe sib baik waktu tu x ramai org...

. cashier .

mule2 dieorg beli air coke je..pastu duduk kat meja , mamat yg bnyk ckp ni ckp kat ak sebelum die duduk ar.. die kate..'awak ade senyuman yang manis'.. hehe..ak ckp kat die ape? *konon2 x dengar ar sambil wat muke koya , hee. pastu die kate ..'eh..xde pe2la' *sambil senyum2 shengal. pastu die duduk sebab order die da siap kan. hehe


mamat australia. huehue

pastu. tbe2 die dtg..die ckap.. ' boleh x nak mek gambo ngan awak?'
maka aku jawablah boleh ! xkan nak kate x boleh pulak kan? hehe...Say cheese! click! ;p

lepas tu , die order makanan lak.....die ckp g kat aku ' saye xkan lupe awak smpai mati..sebab name awak syu (shoe)!' hehe

dan die makan dan die pulang dan die tata ! heee ,

itulah sebabnye aku menjadi miss shoeshe. hehe yg she tu pulak sebab die ni  perempuan , hehehehe

maka , Miss Shoeshe ;)


syu.



14 June 2010

jaunty steps ;)

hi ! im miss shoeshe ;p

dan saye along !

3 minggu lepas (kalu x silap) ... ak g umah kak long = alon kat terengganu...besh gak~!hehe.. tapi yg sedihnyer alon x bape sihat!kecian alon , huhu,,
ak kat uma tu tlg masak2 smbil mengemas je...

sooo...cute~!

bagi ak memasak adalah kerja yg senang giler ak penah tau yg wujud kat dunie ni selain tido..... *sebab aku si KUAT TIDO ! hehe ;p dan nak tau sesuatu ? die ni x pandai menjahit ! hehehe ;p

ok sambung cerita . .
sempat gak lah ak masak tuk along selama 5 ari ak duk kat uma alon! gambo x smpt nak amek, eleh , padahal x reti masakkan ? hahahaha !

aku masak nasi lemak ngan sambal tumis ngan ayam goreng , mee hailam, tomyam campur , ikan sambal, ayam kicap dan bubur ayam (tuk org demam tu) hehe ,

sedap ke along ? tet ! rahsie ? ;p
kalau nak tau jugak g interview kak long ? ;p






pastu along bawak adik die yang kuat makan ni gi makan !
kiteorg gi pantai kelulut makan sate, g kedai gelas besar mestilah minum jus tembikai ! air kegemaranku ? ;p

makan nasi ayam kat kedai x sedap..waa.. serious , x sedap ! =_='
nasi ayam tu makanan kegemaran ak maka kesedapan rasenye menjadi faktor utama penilaian, mcm sensory evaluation tu! tapi ni fokus kat rase je..hehe..lagi..ak makan laksam ;p

mama , nak nasi ayam mama ! ^^




lagi.. makan fast food .lagi..ak makan kopok lekor, makan samosa ayam, makan ice cream dan dan dan sumelah nak makan ! eh TAMAK nyer ? hehe ;p


hah.. ak nak ucap TQ sooo much kat alon bushuk wangi lagi cumel ! hehe.. kalu alon bace jan pasan lebey2 *sikit sikit tak pe ;p

i love u ^^ soo much !

MMmmmmmUUUUuuuuuaaaaaaaaahhhHhHhhXXXxxxxxxx 303 x! hehe..

bagi yg kuat makan xpe teruskan selagi korg mampu telan ! tapi jangan lupe bace doa.kalau lupe takut nanti makan dengan SYAITON ! nak ke? tak nak ! tak nak ! tak nak ! hehehe ;p


eti.

N.U.F.F.1

FoLLowers~! ^_^

shout , please ? ;p