07 February 2015

Precious You :)

Hari ni saya di Legoland * ni post yang da ade kat draft lama jugak . Hehehe
Bangun- bangun pagi ada satu rasa dalam diri , rasa yang saya pasti , rasa yang macam selalu saya rasa seperti hari hari saat rasa itu muncul pada hari pertama.

Rasa bersyukur dengan kehadiran dia , dalam kehidupan ini , ye . awak si comel Syu ! :)

Ya Allah , jagalah hati dia dan hati ku semoga kami disatukan dalam keadaan yang paling mulia kerana Mu

Saya nampak diri dia yang mampu memimpin saya menjadi diri saya yang lebih baik dan lebih baik dan lebih baik , in sha Allah . Saya nampak dia yang gigih berusaha demi kehidupan masa hadapan , saya nampak diri dia yang saya tak pernah terlihat dan ternampak dekat mana mana en yang lain sebelum ni ? #eh ! *walaupun ade #eh , ini benar . hehe

Saya percaya dan yakin bahawa Allah akan membantu mempermudahkan urusan kami bersama , bantulah kami ya Allah ! :)


Walaupun kekadang saya tersalah , tergelabah , terpening , terpsiko , termenyampahkan dan macam macam yang ter . Dia selalu menjadi orang yang bersabar dan bertenang. Terima kasih sebab terima kekurangan diri ini . Saya berharap awak akan menjadi pemimpin saya dunia dan akhirat . Jangan pernah mengalah dalam kehidupan yang penuh mencabar ni ? Tau tau tau tau ? Alhamdulillah and thank youu again kepada awak si comel syu :)

Terlalu banyak yang nak diluahkan tetapi terlalu banyak yang nak disimpan ? Eh ! Sebab terlalu malu tuk menyatakan semuanya ? Walau apepun jangan pernah lupa yang saya sentiasa akan menyokong dan berada di sisi awak kerana Dia .


Doakan saya semoga cinta kami ini menuju cinta Nya . Ameen ya rabb :)



P/s : thank youu so much the Precious,  you .
The S.


Syu


15 September 2014

Cream Puff Recipe :)

Saya dapat resipi ni masa google , Dee nama nya tapi link dia tak ingat ? hehehe :p

Tapi memang sedap ! In sha Allah . Meow :p

Ada 2 bahagian satu cream puff satu lagi custard vanilla :

CREAM PUFF

  • 150g tepung gandum
  • 100g Butter/mentega
  • 250ml air
  • 1/2 sudu teh garam
  • 4 biji telur (pukul pakai garfu)
  • 1 sudu teh esen vanila
  • Icing sugar (untuk hiasan)
CARA - CARA

  1. Dalam periuk, masukkan air , butter & garam. Masak atas api perlahan & kacau hingga air mendidih dan butter cair
  2. Masukkan tepung & kacau dalam satu arah dengan cepat sehingga sebati dan menjadi doh. Pastikan api perlahan . Lepas sebati terus tutupkan api untuk elakkan air tersejat, sebab nanti doh jadi keras. Biarkan doh sejuk.
  3. Sementara itu, panaskan oven pada suhu 180 darjah C selama 15 minit
  4. Sapukan butter/mentega pada dulang pembakar
  5. Bila doh dah sejuk sikit, masukkan dalam bekas mixer. Pukul doh dan masukkan telur yang dah dicampur dengan esen vanila sikit-sikit. Pukul dengan perlahan sehingga aduanan nampak berkilat (dalam 3-4 minit)
  6. Masukkan doh dalam pipping beg. Guna nozel bintang kalau ade , kalau xde, potong je depan plastik. tapi jangan besar sangat dan jangan kecil sangat ! hehe
  7. Paip atas dulang bentuk yang dikehendaki . ( Macam bentuk cream puff) . Kalau nak comel , buat kecik sikit , kalau nak besar pun boleh , buat yang kita suka :) dan renjiskan/spray air pada cream puff tu.
  8. Terus bakar, pada suhu 180 darjah C selama 15 minit / sehingga nampak keuningan , guna api atas bawah dan keluarkan.

CUSTARD VANILLA
  • 350ml susu segar 
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 2-3 sudu besar gula halus (tapi kalau nak sedap , pakai susu pekat manis ) *kalau nak lebih manis tambahkan susu pekat manis/gula bergantung pada citarasa
  • 1 sudu besar esen vanila
  • secubit garam
CARA-CARA

  1. Dalam periuk , masukkan gula / susu pekat manis , garam dan tepung dan masukkan susu segar, kacau sebati
  2. Masak atas api perlahan dan kacau hingga pekat dan kental . matikan api
  3. Masukkan dalam pipping bag. Tunggu sejuk sikit untuk di paip dalam puff :)

CARA-CARA HIDANGAN

  1. potong bahagian tengah jangan sampai putus atau buat sikit lubang kalau xnak potong
  2. Paipkan custard vanila dalam puff
  3. Hiaskan dengan gula aising :)
*sedap dimakan kalau sejuk, (masukkan dalam chiller)




p/s : buat dengan sepenuh hati, in sha Allah jadi ! hehehe . meow :p

syu.

12 March 2014

Resipi Choc Lava Cake ♥



Cara yang mudah dan senang , in sha Allah , hari tu saya tengah tengok TV tetibe pengacara dia ajar buat Choc Lava Cake dengan hanya menggunakan 5 bahan ! ( Gula , Tepung, Butter , Coklat dan Telur ) Terima kasih awak . hehe :p

Mula mula :

*Pukul manual atau menggunakan mixer 3-4 biji telur bersama 4-5 sudu besar gula hingga kembang. (kalau nak manis lebihkan gula , kalau nak kurang manis kurangkan gula)

*Cairkan butter separuh daripada 250g dan masukkan coklat masakan satu bar sehingga dia mencair dengan api sederhana .

*Masukkan butter dan coklat tadi secara perlahan-lahan ke dalam campuran telur dan gula tadi kemudian  tambahkan 4-5 sudu tepung gandum .

*Masukkan ke dalam acuan kalau tiada acuan yang macam aluminium tu boleh jugak masukkan ke dalam acuan cupcakes pada suhu 175 darjah C selama 10 minit . Awak awak boleh keluarkan dia dari acuan atau biarkan dia saja kat dalam tu . sebab tak terlalu lama supaya lava tu wujud kat dalam dia , kalau rasa tak nak terlalu lava lebihkan masa 2 -3 minit , OK ? :)

dan yang paling penting , pilihah jenama coklat masakan yan anda suka , sebab ada sesetengah jenama yang lebih pahit rasa coklatnya , ada yang sedang-sedang dan ada yang memang mengikut citarasa , jadi selamat mencuba awak awak . meow :p



eh , da siap ! hehe :p


p/s : apa-apa perbuatan yang kita lakukakan , mulakan dengan Bismillah 
in sha Allah sedap dan sedap dan sedap ! meow meow meow :p hehe


syu.

22 January 2014

Ticket .



Teringat minggu lepas sewaktu nak balik dari UKM , minggu Peperiksaan pun dah tamat.  masa tu malam . Agak lama jugak tak naik komuter balik Seremban , lepas tu kaunter tiket tutup dan dalam beg duit ada duit kertas baru je , lepas tu tak boleh masuk machine sebab dia nak duit lama, pergi tukar dekat pakcik Taxi dekat bawah , naik balik , tetiba ada adik lelaki datang kata * ade duit pecah tak ?*sambil hulur duit rm50 , memang saya tak da lah duit pecah , tapi saya tanya dia * nak pergi mana?*  BTS dia kata . lepas tu saya bagi dia duit tambang, ambillah . Sebab nanti macam kesian pulak dia kena pergi tukar dan turun dan naik balik kat machine . Dia macam terpinga -pinga sambil ucap terima kasih . sama- sama ! :)

Saya pernah teringat dulu masa tahun 1 di UKM , sebelum nak beratur beli tiket tetiba ada orang datang tanya *Nak balik mana? * *saya nak balik Seremban* *Nah tiket pergi Seremban, ambillah. Hari ni punya , tak jadi nak balik* , dalam banyak banyak manusia yang ada Allah temukan dia dengan saya , terima kasih ya Allah dan terima kasih awak , itu maknanya kadang -kadang takdir Allah itu sangatlah indah , kita takkan pernah tahu apakah yang Allah ingin beri pada kita , jadi jangan sesekali berfikir yang negatif , yakinlah dan positifkan minda kerana setiap apa yang diucapkan dan difikirkan hati kita itu satu doa . tapi macam takde kaitan ea antara cerita tu dengan apa yang ditaip ? hehehe :p

Lepas tu jugak saya ade simpan satu tiket AEON sampai sekarang , september 2013 punya rasanya sebab masa tu gi AEON Seremban 2 , lepas tu dah bayar tiket nak keluar , lepastu kan dia termasuk diantara pintu lif , jatuh betul betul ke bawah pintu lif ! T_T pergi kaunter pertanyaan siap ade tulis *BERMULA NOVEMBER 2012 TIKET YANG HILANG DIDENDA RM20* ke RM30 ? tak ingat ? hehe , dalam hati kata , *ala, kena bayar 20/30 tu ke ?* Lepas tu cakap kat orang tu . *Awak, tiket saya hilang tapi saya tak sengaja bagi dia terjatuh kat lif tadi ? Tapi saya tak  nak kena denda banyak tu sebab saya tak sengaja terjatuhkan ? * hehe . orang tu kata *selalunya memang kena denda banyak tu . tapi xpelah , awak bayar je RM1 , nah mek tiket ni , tak yah bayar ape ape dah kat autopay terus keluar* terima kasih banyak dan saya berlalu pergi dengan gembiranya ! ingatkan dah habis kat situ  rupanya masa nak masukkan  tiket kat luar tu *TICKET REJECTED* 5 kali saya masukkan dia memang reject tiket tu , lepas tu tekan intercom , saya cakap lah , tiket rejected dan agaknya orang tadi nampak dari camera depan tempat tiket tu dia bukak je palang tu , jadi saya simpanlah tiket tu sampai sekarang , apepun nak cakap terima kasih banyak -banyak ! :)
Semoga kehidupan kita semua dipermudahkan ALLAH , ameen ya rabb .

sebarkan kebaikan agar kebaikan yang diperoleh , In sha Allah *Ustaz kata :p

memang kalau pasal tiket ni banyak sangat boleh cerita , ade lagi sebenarnya, tapi macam dah tak larat ? hehehehe :p

p/s : kadang - kadang ucapan terima kasih mampu membuatkan manusia rasa dihargai dan disayangi.

terima kasih ya Allah untuk kehidupan ini, dan terima kasih awak awak yang telah hadir atau bakal hadir dalam kehidupan . Ya Allah jadikan kami hambaMu yang bersyukur

Ameen ya rabb :)

Jumpa lagi ! meow meow meow.

syu.

13 January 2014

Jodoh Oh Jodoh



  NAK ! NAK ! BUNGA ROS MERAH tau ? *berusahasehabisbaikbuatmukayangpalingcomel!  hehe :p

Post pasal Jodoh lagi ? hehehe , sebab balik rumah hari tu kena tanya lagi , jangankan Mama , adik adik dan kakak kakak pun tanya ? hehehe :p

Macam mana nak jawab ni ? *Kak Eti xde pakwe lagi ?*  * Eti xde pakwe lagi ke? * *Bilanya nak ada pakwe ni Eti?* hahahaha . adoi . Ntah , Tak tahu. Tapi jangan risau saya tak stress pun dengan soalan soalan ni cuma tak tahu macam mana nak jawab ? *betul tak tipu ! hehe. ini mungkin sebab encik comel baik sopan tak muncul muncul lagi kan ? hehe .

Tapi Yakinlah sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui apa yang terbuku di dalam hati dan yang terbaik buat hamba - hambaNya. Jangan pernah lupa OK !

Secara jujurnya saya memang tak kesah tentang rupa paras. Sederhana would be be better dan kadang - kadang saya rasa saya suka orang yang sedikit tembam kot ? Ini mungkin disebabkan saya nak naikkan 2kg tapi tak dapat dapat dari dulu , jadi saya rasa yang tembam sikit tu macam comel ? HAHAHA ;D tapi kalau takdir saya dengan yang kurus kering pun xpe , janji dia bukan ikan kering ! #eh . hehehe :p

Tapi saya tak kesah cuma di dalam dunia akan datang nanti, saya berdoa kepada Allah semoga dia seorang yang mampu memperbaiki saya dari semasa ke semasa dan sama sama berusaha menjadi yang terbaik , yang pandai buat lawak comel, romatik! #eh . lagi . lemah lembut bicaranya dan  mampu menerima diri saya seadanya dan menyanyangi saya sepenuh hati keranaMu ya Allah dan saya berjanji pada diri untuk menjadi yang terbaik walau siapa pun awak nanti ! itu JANJI tau . In sha Allah .  hehehe :p

Tapi saya berharap Allah menemukan kita saat tepat masanya , saat tepat diri awak ialah si Putera comel yang bakal menjadi Putera comel selama lamanya dalam hidup dia si selebet ni ! heh ?  hehe :p  yeah . Ameen ya rabb ;)

Dan jangan pernah risau mengenai apa apa kerana Dia Mengetahui tiap tiap apa yang kita tidak ketahui . ingat Ok ? BAIKLAH ! hehehe :p

Mari berdoa supaya kita semua berjaya dunia akhirat . in sha Allah .

p/s : berkatalah yang baik walaupun di dalam hati dan berdoalah semoga kita sentiasa dirahmatiNya setiap masa !

ameen ya rabb ;)

eti.






03 January 2014

Pristine, me .



if i have wronged anyone give me the courage to apologize and if anyone wronged me give the courage to forgive .

Permudahkan segala urusan kami dan jangan biarkan kami lalai dalam nikmat dunia yang Engkau berikan. Bawalah kami menuju jalanMu

Sesungguhnya Engkau Mengetahui apa yang terbuku di dalam hati hati manusia ya Allah .


Banyak yang perlu dilakukan untuk menjadi manusia yang berjaya dunia akhirat , tapi jangan sesekali mengalah syu , YOU CAN DO IT , yeah .

saya harap awak awak awak dapat memperbetulkan saya saat saya tersalah ? meow meow meow . kalau saya tak dengar ROTAN je saya 3 kali . *pap pap pap* tapi tu kalau saya tak dengar ? tapi kalau saya dengar x boleh rotan tahu ? hehe :p

p/s : and i asked you Oh Allah , not to forget me in your forgiveness, ameen ya rabb :)
jangan nakal nakal ;p

syu.

24 December 2013

The Lights .


*meow meow meow.  nak berehat sekejap lah ! hehe :p *


Pagi yang dingin membuatkan saya terasa sungguh malas untuk bangun dari katil ! ish , bangun dunia!  bukan
dunia , tetapi awak wahai manusia . hehehe . Hari yang malas tanpa perasaan melakukan apa- apa , tetapi
malas tu macam tak boleh wujud sebab dunia tidak menunggu manusia pemalas . Jadi, MARI , MARI, MARI , MARI mulakan hari dengan fikiran positif dan berlarilah dengan penuh keyakinan ! In sha Allah . Satu perkara yang awak perlu percaya Allah sentiasa ada bersama hambaNya di mana - mana . 

p/s : The best way out is always through :)

syu.


11 December 2013

Allah itu Maha Penyayang

Selalunya Allah menjadikan sesuatu perkara di dalam kehidupan kita untuk mendekatkan hati kita dengan Nya , untuk memujuk hati kita supaya Yakin dengan Kekuasaan Nya , untuk membuat kite merasa kita memerlukanNya. Bayangkan kalau kehidupan kita lalui tanpa sebarang kesulitan ? Pasti manusia itu lahir sebagai manusia berjiwa angkuh . Jadi perlunya Ujian dan dugaan supaya kita mampu Melihat dengan hati bahawa Allah itu Maha Besar lagi Maha Berkuasa , cuma apa yang kita perlu lakukan yakin bahawa Allah sentiasa Melindungi hamba - hamba Nya .

Dalam hidup , kadang - kadang kita terjumpa mereka yang tak ikhlas berkawan dengan kita , kita terjumpa dengan mereka yang suka membebankan kerja kita , kita terjumpa dengan orang yang suka membuat cerita , kita terjumpa dengan mereka yang suka memutar belitkan certa , kita terjumpa dengan mereka yang berhasad dengki , kita terjumpa dengan mereka yang cuba membuatkan kita terjatuh .


Terfikirkah kita kenapa dan mengapa ? 

Allah mahu memberi kita sesuatu pengajaran , pengalaman dan peringatan hebat dalam hidup kita supaya kita tidak menjadi salah seorang daripada mereka , supaya kita berwaspada dalam kehidupan, supaya kita perbaiki diri , perbaiki hubungan kita dengan Allah , manusia , alam sekeliling , supaya kita membersihkan hati kita dari segala penyakit hati , supaya kita belajar memaafkan , supaya kita berdoa diberikan kekuatan , supaya kita memohon perlindungan dariNya  , memohon supaya dipermudahkan segalanya , mungkin kadang-kadang kita terlupa dan terlalai untuk berdoa padaNya , dan mungkin kita berdoa tanpa sebarang pengharapan yang tulus , Allah mahu mengajar kita erti keihkhlasan , betapa  Allah itu Maha Penyayang .


Cuma , kadang - kadang , hati manusia ini berbolak- balik . Merasakan diri dianiaya , merasakan diri terlepas dari pandanganNya , merasakan diri perlu mendapat situasi yang lebih baik .


Yakinlah bahawa ALLAH benar-benar mahu mengajar kita erti kehidupan supaya kelak kita menjadi manusia berjaya dunia dan akhirat , ameen . Berdoalah supaya kita dilindungi dari segala prasangka yang membinasakan.
keeps a good vibes 

biarkan alunan positif yang bermain di hati . pastikan ianya positif kerana aura positif menarik magnet positif !
 ;)

p/s :  Allah itu Maha Mengetahui lagi Maha Penyayang 
syu.

Doa untuk merawat anak Autisme

yakinlah dengan doa , usaha dan tawakkal kepada Allah mampu merubah segalanya , in sha Allah , bagi ibu bapa yang mempunyai anak - anak autisme kuatkan semangat , setiap hari sebelum tidur, lakukan rawatan herba dengan memberi 2 sudu besar pala yang dicampur dengan secawan air, setiap hari sebelum tidur minum campuran tersebut. boleh juga urut kaki dan tangan dengan minyak habbatus sauda .

 Doanya adlah dengan membaca surah an- Nas , al - Falaq dan al- ikhlas masing masing sebanyak 7 kali , ayat Kursi 1 kali dan al - Fatihah 40 kali. Kemudian tiuplah pada air sambil memohon penyembuhan daripada Allah. Gunakan sebahagian daripada air itu sebagai minuman dan sebahagian lagi dicampurkan dengan air mandi bagi anak autisme tersebut .

yakinlah Allah menguji mereka yang mampu menanggungnya .


p/s : yakinlah dengan sebenar-benar keyakinan :)
syu.

20 November 2013

Bicara hati :)



kadang kadang bila difikirkan memang betul . fikir apa ang kita fikir dan lihat apa yang kita lihat , dan jangan terlalu percaya apa yang kita dengar dan jangan terlalu pasti apa yang kita nampak . Manusia itu dilahirkan dengan akal yang diberi , gunakan dengan sebaiknya. Buat sesuatu dengan menggunakan akal fikiran yang Allah beri dan mengapa dan bagaimana dan dimana sesuatu itu terjadi pasti ada sesuatu yang cuba disampaikan kepada hati manusia , berhati hati bila berbisik pada hati ! :)

p/s : tunjukkan kami jalan yang lurus :)
syu. 

11 April 2013

Sincereness and guilelessness ;)

Hari ni rasa macam nak cakap , walau apapun yang kita buat kita kena ikhlas  , bunyi macam mudah tapi kita kena cuba supaya kita melakukan dengan keikhlasan yang sebenar-benarnya . seandainya kita melakukan kebaikan dan mereka tidak mengetahui , ingatlah ia amat diredhai dan disukai Allah .

Bukan pujian manusia yang kita mahu.  tetapi keredhaan Ilahi yang kita damba ;)



p/s : sesungguhnya manusia (kita) ini milik Allah  
meow meow meow  ;p
syu




10 April 2013

Introspection and thoughts .



Saya dah dapat Sijil Pra Perkahwinan yang saya buat dekat UKM ! ;)

Tapi saya tade sapa sapa lagi . Heh ! kesian x ? haha ;D

Tapi saya percaya takdir ALLAH akan menemukan kita dengan dia saat yang tepat .

Untuk mereka yang belum bertemu jodoh macam saya , banyak banyakkan berdoa semoga ditemukan dengan insan yang baik yang mampu membimbing kita dunia dan akhirat , in sha Allah , ameen ;)

Saya percaya dia akan datang saat kita bersedia kerana sesungguhnya DIA Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa . hehehe .

p/s :  berdoa dengan penuh keyakinan 
meow meow meow 
syu.




05 February 2013

Kuih Cara Berlauk ;)


Kuih cara berlauk ;)

Hari ni nak bagitahu macam mana nak buat kuih Cara Berlauk ! hehehe . Disebabkan cuti semester sebelum masuk semester 2 Tahun 3 , maka ada banyak masa untuk main masak masak .

Yang paling penting untuk buat kuih ni kena ada acuan dia . sebab nanti nak masukkan bancuhan tepungkan ? hehehehe ;p

Ok mula mula siapkan 500g tepung gandum , 1 biji telur , 250ml santan dan sedikit garam , campurkan semua dan blendkan ! siap ! hehe . Kalau santan ada sikit tambahkan air ;) 

Untuk lauk dia .Tumbuk bawang putih 4-5 biji dan masukkan ke dalam kuali yang ada sedikit minyak panas masukkan rempah kari 3-4 sudu besar yang dikacau dengan air sedikit , dan masukkan 200g daging segar dipotong halus , gula 2 sudu besar dan satu sudu kecil garam ! potong daun sup sikit dan masukkan ! ;) 

Tuang tepung yang dah diblend tadi ke dalam acuan yang diletakkan sedikit butter supaya tak melekat dan masukkan satu sudu kecil daging yang telah disediakan dan potong lada merah dan biarkan di atas api selama beberapa minit ! 

dan . terenggggg !  dah boleh makan !  yeay ! hehehehehe ;p 

p/s :  lakukan dengan sepenuh hati in sha Allah sedap  ! hehehe ;p
meow ,meow, meow  
syu .


04 February 2013

Baked Chick- O Bradd Pitt ;p

Mari main masak masak . Ini resipi yang saya buat sendiri . saya pernah post pasal makanan ni yang diberi nama Baked Chick - O Bradd Pitt

Eh asal name tu cm tu syu?

Sebab die diperbuat daripada bread + peace + chicken + potato . pastu saya fikir - fikir  itu nama yang hot . Sebab Brad Pitt kan ? hehehe :p

Ok tak ? Ok tak ? (Sila cakap ok) OK!
Terima  kasih ! suka suka suka ! ;) sebab korang setuju. hehehe ;p 


ingredients ;p
*roti (gardenia/france loaf)
*susu segar
*telur
*kentang
*bawang (potong dadu)
*ayam isi/minced chicken
*kacang peas
*butter
*rempah kari
*garam secukup rase
*basil leaf (daun selasih)
*oat  & nestum
*tomato cherry (hiasan)


Bahagian A

        Rebus kentang dan lecek kan ia ( tmbah sedikit garam + daun basil)
*daun basil : menaikkan bau  ;)


      Masak inti dia :

Mula mula  tumbuk bawang putih .pastu masuk dalam kuali bile minyak dah panas.letak sikit je minyak. Pastu masukkan isi ayam + rempah kari* (*kalau korang nak pakai black paper atau rempah sup pun boleh) + bawang + kacang peas + garam. Masak sekejap

Inti ;p

Bahagian B :
Sapu butter kat bekas tuk dimasak

Masukkan roti yg telah di rendam ngan susu. Buat lapisan pertama

Ratakan kentang yang telah dilenyek & ratakan juge isi ayam + letak oat + nestum + telur (dikacau terlebih dahulu)

 Buat lagi lapisan roti & ulang langkah 3 *buat berapa lapisan yang anda suka

Untuk bahagian atas (terakhir) sekali letak tomato cherry yg dipotong empat & taburkan daun basil(selasih)

Bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 30 minit 

 MAKAN!

Jangan lupa cuba tau ! ;p


BAKED CHICK-O BRAD PITT ;)

p/s : sile cube bersungguh - sungguh ! ;p

syu.

Trust & Kepecayaan :)



do trust yourself !
yeah. . .

syu.

23 July 2012

DOA ;)


#if u care fore somebody , make dua for them , if u truly dislike somebody , make dua for them . dua is universal , it heals everything. *ustaz kate ;p

p/s ; so lets make dua , with a contemplate hopes dan jangan nakal nakal ! ;p

syu . 

11 July 2012

Jodoh ! ;p


super cute ! ;p


oh awak si puteri  putera cumel , muncullah ! Ting ! . hehe ;p

# We dont need to rush . If something's bound to happen , it will . In the right time with the right person and fo the best reason yaw ! *cikgu kata ;p 

meow . meow . meow 

syu .
it is a conjectural thought ;p

11 April 2012

Mama & Fettuccine ;)

agak lame jugak tak bukak blog ! hehe
last update 27 January 2012 . hampir 3 bulan tak bukak blog ?

Busy sikit. heh ? hehe ;p

Sekarang tengah cuti sekolah seminggu ! bukak sekolah , ade Ujian .Pengawetan ? hehehe ;p dan  Spektroskopi ? dan Food Chemistry? dan Kaedah Pemisahan? dan Advanced Food Analysis? dan Nutrition? dan Biometry dan Dr kate Biometry xde Ujian Pertengahan Sem 

yeay ! ^^

sile bace buku sekolah syu  ! heh ? dush3! ;p


Owh . . hari ni 11 April 2012 bufday mama ! yang ke ** . hehehehe . sile teke ? ;p
happy bufday mama ! semoga mama dirahmati dan diberkati ALLAH dan tak nakal nakal  dan sayang kiteorang lebih lebih dan semoge keluarga kita bahagia ke akhir hayat ! ameen ;) 

Mmmuuuaaahhhhh303x !  ;p

sebulan lagi bufday arwah papa . 11 Mei . 7 Mei ni genap 2 tahun papa pergi . Eti rindu papa . sangat ! =_=" 

al fatihah . ameen 



kek untuk amoi mama yang cumel ! angah belikan ;)




 hadiah untuk mama . *tak sempat balut ! giler x senonohnye awak ni syu ! hehehe ;p ingat nak buat coklat tuk mama . tapi x sempat . heh ? hehe ;p

Maka ,hari ni saye masakkan Fettuccine untuk mama dan adik adik dan angah ;)

hehehehehe . meh masak JOM !


Bahan - bahannya :


  1. tomato *nak gune yang puree pun OK ! dan lagi mudah .
  2. carrot * potong dadu
  3. bawang putih (tumbuk - 8-10 biji )
  4. capsicum (lada benggala)
  5. minced meat (beef/chicken)
  6. isi ayam *sebab rajin nak potong !
  7. sausage
  8. bawang besar 
  9. lada kering ( 2- 3 sudu ) yang dikisar
  10. fettuccine San Remo * brand terpulang kepada citarasa . hehe ;p
  11. sos Prego (tradisional)
  12. daun selasih (basil leaf) *tuk naikkan bau .

*mule mule panaskan minyak dan masukkan bawang putih yang ditumbuk sehingga garing dan masukkan lada kering dikisar . kemudian masukkan tomato . dan masukkan sos Prego anda . dan masukkan ayam dan daging kisar dan carrot dan bawang besar dan capsicum dan daun selasih dan garam ! 

*rebus Fettuccine ataupun Spaghetti  . Pilih yang mana mana anda suka bentuk ia ! ^^

OK ! dah siap ! dan MAKAN .dan zzzz ? ;p

eti . 

27 January 2012

Bolasepak VS Football ! ;p


GLORY . GLORY MU ;)


Masa Perlawanan Bola Sepak
Kenapa masa perlawanan bolasepak adalah 45 minit, dan bukannya 30minit ataupun 1 jam (utk separuh masa)?
Saintis sukan dan pemain-pemain veteran juga tidak dapat memberikan jawapan yang tepat. Di dalam kemusykilan tersebut, ada seseorang yang memberikan jawapan yang boleh diterima.
Dia menjawab….”Sebab mengapa bolasepak dimainkan dalam 45 minit ialah :
Terdapat 2 pasukan didalam setiap perlawanan dan ada 11 orang pemain disetiap pasukan. Setiap pemain mempunyai “2 biji bola” dan membawanya setiap masa semasa bermain didalam padang.
Jadi, jumlah kesemua bola untuk kedua-dua pasukan ialah 44 biji bola. Terdapat sebiji bolasepak yang digunakan didalam perlawanan. Oleh itu, jumlah keseluruhan ialah 45 minit.
Persoalan terjawab !
Tetapi, kadang-kadang ada masa tambahan selama 2 minit…itu adalah “bola referee”!

tadi amek cerita ni dekat bro Ramadhan , hehe

ok , ini lawak x senonoh ? dush3 . ngeh3 ;p

syu .

18 January 2012

Examination at UKM



selamat bercuti awak awak !

tapi . saye ade satu paper lagi esok petang , nutrition .

jangan nakal nakal dan rindukan saye selame sebulan , OK ? hehehe ;p


sape yang tak rindukan saye didenda belanje saye eskrem selama 500 hari ! hehehehe ;p


syu.
yeay . yeay ;p

N.U.F.F.1

FoLLowers~! ^_^

shout , please ? ;p