24 December 2013

The Lights .


*meow meow meow.  nak berehat sekejap lah ! hehe :p *


Pagi yang dingin membuatkan saya terasa sungguh malas untuk bangun dari katil ! ish , bangun dunia!  bukan
dunia , tetapi awak wahai manusia . hehehe . Hari yang malas tanpa perasaan melakukan apa- apa , tetapi
malas tu macam tak boleh wujud sebab dunia tidak menunggu manusia pemalas . Jadi, MARI , MARI, MARI , MARI mulakan hari dengan fikiran positif dan berlarilah dengan penuh keyakinan ! In sha Allah . Satu perkara yang awak perlu percaya Allah sentiasa ada bersama hambaNya di mana - mana . 

p/s : The best way out is always through :)

syu.


11 December 2013

Allah itu Maha Penyayang

Selalunya Allah menjadikan sesuatu perkara di dalam kehidupan kita untuk mendekatkan hati kita dengan Nya , untuk memujuk hati kita supaya Yakin dengan Kekuasaan Nya , untuk membuat kite merasa kita memerlukanNya. Bayangkan kalau kehidupan kita lalui tanpa sebarang kesulitan ? Pasti manusia itu lahir sebagai manusia berjiwa angkuh . Jadi perlunya Ujian dan dugaan supaya kita mampu Melihat dengan hati bahawa Allah itu Maha Besar lagi Maha Berkuasa , cuma apa yang kita perlu lakukan yakin bahawa Allah sentiasa Melindungi hamba - hamba Nya .

Dalam hidup , kadang - kadang kita terjumpa mereka yang tak ikhlas berkawan dengan kita , kita terjumpa dengan mereka yang suka membebankan kerja kita , kita terjumpa dengan orang yang suka membuat cerita , kita terjumpa dengan mereka yang suka memutar belitkan certa , kita terjumpa dengan mereka yang berhasad dengki , kita terjumpa dengan mereka yang cuba membuatkan kita terjatuh .


Terfikirkah kita kenapa dan mengapa ? 

Allah mahu memberi kita sesuatu pengajaran , pengalaman dan peringatan hebat dalam hidup kita supaya kita tidak menjadi salah seorang daripada mereka , supaya kita berwaspada dalam kehidupan, supaya kita perbaiki diri , perbaiki hubungan kita dengan Allah , manusia , alam sekeliling , supaya kita membersihkan hati kita dari segala penyakit hati , supaya kita belajar memaafkan , supaya kita berdoa diberikan kekuatan , supaya kita memohon perlindungan dariNya  , memohon supaya dipermudahkan segalanya , mungkin kadang-kadang kita terlupa dan terlalai untuk berdoa padaNya , dan mungkin kita berdoa tanpa sebarang pengharapan yang tulus , Allah mahu mengajar kita erti keihkhlasan , betapa  Allah itu Maha Penyayang .


Cuma , kadang - kadang , hati manusia ini berbolak- balik . Merasakan diri dianiaya , merasakan diri terlepas dari pandanganNya , merasakan diri perlu mendapat situasi yang lebih baik .


Yakinlah bahawa ALLAH benar-benar mahu mengajar kita erti kehidupan supaya kelak kita menjadi manusia berjaya dunia dan akhirat , ameen . Berdoalah supaya kita dilindungi dari segala prasangka yang membinasakan.
keeps a good vibes 

biarkan alunan positif yang bermain di hati . pastikan ianya positif kerana aura positif menarik magnet positif !
 ;)

p/s :  Allah itu Maha Mengetahui lagi Maha Penyayang 
syu.

Doa untuk merawat anak Autisme

yakinlah dengan doa , usaha dan tawakkal kepada Allah mampu merubah segalanya , in sha Allah , bagi ibu bapa yang mempunyai anak - anak autisme kuatkan semangat , setiap hari sebelum tidur, lakukan rawatan herba dengan memberi 2 sudu besar pala yang dicampur dengan secawan air, setiap hari sebelum tidur minum campuran tersebut. boleh juga urut kaki dan tangan dengan minyak habbatus sauda .

 Doanya adlah dengan membaca surah an- Nas , al - Falaq dan al- ikhlas masing masing sebanyak 7 kali , ayat Kursi 1 kali dan al - Fatihah 40 kali. Kemudian tiuplah pada air sambil memohon penyembuhan daripada Allah. Gunakan sebahagian daripada air itu sebagai minuman dan sebahagian lagi dicampurkan dengan air mandi bagi anak autisme tersebut .

yakinlah Allah menguji mereka yang mampu menanggungnya .


p/s : yakinlah dengan sebenar-benar keyakinan :)
syu.

20 November 2013

Bicara hati :)



kadang kadang bila difikirkan memang betul . fikir apa ang kita fikir dan lihat apa yang kita lihat , dan jangan terlalu percaya apa yang kita dengar dan jangan terlalu pasti apa yang kita nampak . Manusia itu dilahirkan dengan akal yang diberi , gunakan dengan sebaiknya. Buat sesuatu dengan menggunakan akal fikiran yang Allah beri dan mengapa dan bagaimana dan dimana sesuatu itu terjadi pasti ada sesuatu yang cuba disampaikan kepada hati manusia , berhati hati bila berbisik pada hati ! :)

p/s : tunjukkan kami jalan yang lurus :)
syu. 

11 April 2013

Sincereness and guilelessness ;)

Hari ni rasa macam nak cakap , walau apapun yang kita buat kita kena ikhlas  , bunyi macam mudah tapi kita kena cuba supaya kita melakukan dengan keikhlasan yang sebenar-benarnya . seandainya kita melakukan kebaikan dan mereka tidak mengetahui , ingatlah ia amat diredhai dan disukai Allah .

Bukan pujian manusia yang kita mahu.  tetapi keredhaan Ilahi yang kita damba ;)



p/s : sesungguhnya manusia (kita) ini milik Allah  
meow meow meow  ;p
syu




10 April 2013

Introspection and thoughts .



Saya dah dapat Sijil Pra Perkahwinan yang saya buat dekat UKM ! ;)

Tapi saya tade sapa sapa lagi . Heh ! kesian x ? haha ;D

Tapi saya percaya takdir ALLAH akan menemukan kita dengan dia saat yang tepat .

Untuk mereka yang belum bertemu jodoh macam saya , banyak banyakkan berdoa semoga ditemukan dengan insan yang baik yang mampu membimbing kita dunia dan akhirat , in sha Allah , ameen ;)

Saya percaya dia akan datang saat kita bersedia kerana sesungguhnya DIA Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa . hehehe .

p/s :  berdoa dengan penuh keyakinan 
meow meow meow 
syu.




N.U.F.F.1

FoLLowers~! ^_^

shout , please ? ;p