Teringat minggu lepas sewaktu nak balik dari UKM , minggu Peperiksaan pun dah tamat. masa tu malam . Agak lama jugak tak naik komuter balik Seremban , lepas tu kaunter tiket tutup dan dalam beg duit ada duit kertas baru je , lepas tu tak boleh masuk machine sebab dia nak duit lama, pergi tukar dekat pakcik Taxi dekat bawah , naik balik , tetiba ada adik lelaki datang kata * ade duit pecah tak ?*sambil hulur duit rm50 , memang saya tak da lah duit pecah , tapi saya tanya dia * nak pergi mana?* BTS dia kata . lepas tu saya bagi dia duit tambang, ambillah . Sebab nanti macam kesian pulak dia kena pergi tukar dan turun dan naik balik kat machine . Dia macam terpinga -pinga sambil ucap terima kasih . sama- sama ! :)
Saya pernah teringat dulu masa tahun 1 di UKM , sebelum nak beratur beli tiket tetiba ada orang datang tanya *Nak balik mana? * *saya nak balik Seremban* *Nah tiket pergi Seremban, ambillah. Hari ni punya , tak jadi nak balik* , dalam banyak banyak manusia yang ada Allah temukan dia dengan saya , terima kasih ya Allah dan terima kasih awak , itu maknanya kadang -kadang takdir Allah itu sangatlah indah , kita takkan pernah tahu apakah yang Allah ingin beri pada kita , jadi jangan sesekali berfikir yang negatif , yakinlah dan positifkan minda kerana setiap apa yang diucapkan dan difikirkan hati kita itu satu doa . tapi macam takde kaitan ea antara cerita tu dengan apa yang ditaip ? hehehe :p
Lepas tu jugak saya ade simpan satu tiket AEON sampai sekarang , september 2013 punya rasanya sebab masa tu gi AEON Seremban 2 , lepas tu dah bayar tiket nak keluar , lepastu kan dia termasuk diantara pintu lif , jatuh betul betul ke bawah pintu lif ! T_T pergi kaunter pertanyaan siap ade tulis *BERMULA NOVEMBER 2012 TIKET YANG HILANG DIDENDA RM20* ke RM30 ? tak ingat ? hehe , dalam hati kata , *ala, kena bayar 20/30 tu ke ?* Lepas tu cakap kat orang tu . *Awak, tiket saya hilang tapi saya tak sengaja bagi dia terjatuh kat lif tadi ? Tapi saya tak nak kena denda banyak tu sebab saya tak sengaja terjatuhkan ? * hehe . orang tu kata *selalunya memang kena denda banyak tu . tapi xpelah , awak bayar je RM1 , nah mek tiket ni , tak yah bayar ape ape dah kat autopay terus keluar* terima kasih banyak dan saya berlalu pergi dengan gembiranya ! ingatkan dah habis kat situ rupanya masa nak masukkan tiket kat luar tu *TICKET REJECTED* 5 kali saya masukkan dia memang reject tiket tu , lepas tu tekan intercom , saya cakap lah , tiket rejected dan agaknya orang tadi nampak dari camera depan tempat tiket tu dia bukak je palang tu , jadi saya simpanlah tiket tu sampai sekarang , apepun nak cakap terima kasih banyak -banyak ! :)
Semoga kehidupan kita semua dipermudahkan ALLAH , ameen ya rabb .
memang kalau pasal tiket ni banyak sangat boleh cerita , ade lagi sebenarnya, tapi macam dah tak larat ? hehehehe :p
Semoga kehidupan kita semua dipermudahkan ALLAH , ameen ya rabb .
sebarkan kebaikan agar kebaikan yang diperoleh , In sha Allah *Ustaz kata :p
memang kalau pasal tiket ni banyak sangat boleh cerita , ade lagi sebenarnya, tapi macam dah tak larat ? hehehehe :p
p/s : kadang - kadang ucapan terima kasih mampu membuatkan manusia rasa dihargai dan disayangi.
terima kasih ya Allah untuk kehidupan ini, dan terima kasih awak awak yang telah hadir atau bakal hadir dalam kehidupan . Ya Allah jadikan kami hambaMu yang bersyukur
Ameen ya rabb :)
Jumpa lagi ! meow meow meow.
syu.