24 December 2013

The Lights .


*meow meow meow.  nak berehat sekejap lah ! hehe :p *


Pagi yang dingin membuatkan saya terasa sungguh malas untuk bangun dari katil ! ish , bangun dunia!  bukan
dunia , tetapi awak wahai manusia . hehehe . Hari yang malas tanpa perasaan melakukan apa- apa , tetapi
malas tu macam tak boleh wujud sebab dunia tidak menunggu manusia pemalas . Jadi, MARI , MARI, MARI , MARI mulakan hari dengan fikiran positif dan berlarilah dengan penuh keyakinan ! In sha Allah . Satu perkara yang awak perlu percaya Allah sentiasa ada bersama hambaNya di mana - mana . 

p/s : The best way out is always through :)

syu.


11 December 2013

Allah itu Maha Penyayang

Selalunya Allah menjadikan sesuatu perkara di dalam kehidupan kita untuk mendekatkan hati kita dengan Nya , untuk memujuk hati kita supaya Yakin dengan Kekuasaan Nya , untuk membuat kite merasa kita memerlukanNya. Bayangkan kalau kehidupan kita lalui tanpa sebarang kesulitan ? Pasti manusia itu lahir sebagai manusia berjiwa angkuh . Jadi perlunya Ujian dan dugaan supaya kita mampu Melihat dengan hati bahawa Allah itu Maha Besar lagi Maha Berkuasa , cuma apa yang kita perlu lakukan yakin bahawa Allah sentiasa Melindungi hamba - hamba Nya .

Dalam hidup , kadang - kadang kita terjumpa mereka yang tak ikhlas berkawan dengan kita , kita terjumpa dengan mereka yang suka membebankan kerja kita , kita terjumpa dengan orang yang suka membuat cerita , kita terjumpa dengan mereka yang suka memutar belitkan certa , kita terjumpa dengan mereka yang berhasad dengki , kita terjumpa dengan mereka yang cuba membuatkan kita terjatuh .


Terfikirkah kita kenapa dan mengapa ? 

Allah mahu memberi kita sesuatu pengajaran , pengalaman dan peringatan hebat dalam hidup kita supaya kita tidak menjadi salah seorang daripada mereka , supaya kita berwaspada dalam kehidupan, supaya kita perbaiki diri , perbaiki hubungan kita dengan Allah , manusia , alam sekeliling , supaya kita membersihkan hati kita dari segala penyakit hati , supaya kita belajar memaafkan , supaya kita berdoa diberikan kekuatan , supaya kita memohon perlindungan dariNya  , memohon supaya dipermudahkan segalanya , mungkin kadang-kadang kita terlupa dan terlalai untuk berdoa padaNya , dan mungkin kita berdoa tanpa sebarang pengharapan yang tulus , Allah mahu mengajar kita erti keihkhlasan , betapa  Allah itu Maha Penyayang .


Cuma , kadang - kadang , hati manusia ini berbolak- balik . Merasakan diri dianiaya , merasakan diri terlepas dari pandanganNya , merasakan diri perlu mendapat situasi yang lebih baik .


Yakinlah bahawa ALLAH benar-benar mahu mengajar kita erti kehidupan supaya kelak kita menjadi manusia berjaya dunia dan akhirat , ameen . Berdoalah supaya kita dilindungi dari segala prasangka yang membinasakan.
keeps a good vibes 

biarkan alunan positif yang bermain di hati . pastikan ianya positif kerana aura positif menarik magnet positif !
 ;)

p/s :  Allah itu Maha Mengetahui lagi Maha Penyayang 
syu.

Doa untuk merawat anak Autisme

yakinlah dengan doa , usaha dan tawakkal kepada Allah mampu merubah segalanya , in sha Allah , bagi ibu bapa yang mempunyai anak - anak autisme kuatkan semangat , setiap hari sebelum tidur, lakukan rawatan herba dengan memberi 2 sudu besar pala yang dicampur dengan secawan air, setiap hari sebelum tidur minum campuran tersebut. boleh juga urut kaki dan tangan dengan minyak habbatus sauda .

 Doanya adlah dengan membaca surah an- Nas , al - Falaq dan al- ikhlas masing masing sebanyak 7 kali , ayat Kursi 1 kali dan al - Fatihah 40 kali. Kemudian tiuplah pada air sambil memohon penyembuhan daripada Allah. Gunakan sebahagian daripada air itu sebagai minuman dan sebahagian lagi dicampurkan dengan air mandi bagi anak autisme tersebut .

yakinlah Allah menguji mereka yang mampu menanggungnya .


p/s : yakinlah dengan sebenar-benar keyakinan :)
syu.

20 November 2013

Bicara hati :)



kadang kadang bila difikirkan memang betul . fikir apa ang kita fikir dan lihat apa yang kita lihat , dan jangan terlalu percaya apa yang kita dengar dan jangan terlalu pasti apa yang kita nampak . Manusia itu dilahirkan dengan akal yang diberi , gunakan dengan sebaiknya. Buat sesuatu dengan menggunakan akal fikiran yang Allah beri dan mengapa dan bagaimana dan dimana sesuatu itu terjadi pasti ada sesuatu yang cuba disampaikan kepada hati manusia , berhati hati bila berbisik pada hati ! :)

p/s : tunjukkan kami jalan yang lurus :)
syu. 

11 April 2013

Sincereness and guilelessness ;)

Hari ni rasa macam nak cakap , walau apapun yang kita buat kita kena ikhlas  , bunyi macam mudah tapi kita kena cuba supaya kita melakukan dengan keikhlasan yang sebenar-benarnya . seandainya kita melakukan kebaikan dan mereka tidak mengetahui , ingatlah ia amat diredhai dan disukai Allah .

Bukan pujian manusia yang kita mahu.  tetapi keredhaan Ilahi yang kita damba ;)



p/s : sesungguhnya manusia (kita) ini milik Allah  
meow meow meow  ;p
syu




10 April 2013

Introspection and thoughts .



Saya dah dapat Sijil Pra Perkahwinan yang saya buat dekat UKM ! ;)

Tapi saya tade sapa sapa lagi . Heh ! kesian x ? haha ;D

Tapi saya percaya takdir ALLAH akan menemukan kita dengan dia saat yang tepat .

Untuk mereka yang belum bertemu jodoh macam saya , banyak banyakkan berdoa semoga ditemukan dengan insan yang baik yang mampu membimbing kita dunia dan akhirat , in sha Allah , ameen ;)

Saya percaya dia akan datang saat kita bersedia kerana sesungguhnya DIA Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa . hehehe .

p/s :  berdoa dengan penuh keyakinan 
meow meow meow 
syu.




05 February 2013

Kuih Cara Berlauk ;)


Kuih cara berlauk ;)

Hari ni nak bagitahu macam mana nak buat kuih Cara Berlauk ! hehehe . Disebabkan cuti semester sebelum masuk semester 2 Tahun 3 , maka ada banyak masa untuk main masak masak .

Yang paling penting untuk buat kuih ni kena ada acuan dia . sebab nanti nak masukkan bancuhan tepungkan ? hehehehe ;p

Ok mula mula siapkan 500g tepung gandum , 1 biji telur , 250ml santan dan sedikit garam , campurkan semua dan blendkan ! siap ! hehe . Kalau santan ada sikit tambahkan air ;) 

Untuk lauk dia .Tumbuk bawang putih 4-5 biji dan masukkan ke dalam kuali yang ada sedikit minyak panas masukkan rempah kari 3-4 sudu besar yang dikacau dengan air sedikit , dan masukkan 200g daging segar dipotong halus , gula 2 sudu besar dan satu sudu kecil garam ! potong daun sup sikit dan masukkan ! ;) 

Tuang tepung yang dah diblend tadi ke dalam acuan yang diletakkan sedikit butter supaya tak melekat dan masukkan satu sudu kecil daging yang telah disediakan dan potong lada merah dan biarkan di atas api selama beberapa minit ! 

dan . terenggggg !  dah boleh makan !  yeay ! hehehehehe ;p 

p/s :  lakukan dengan sepenuh hati in sha Allah sedap  ! hehehe ;p
meow ,meow, meow  
syu .


04 February 2013

Baked Chick- O Bradd Pitt ;p

Mari main masak masak . Ini resipi yang saya buat sendiri . saya pernah post pasal makanan ni yang diberi nama Baked Chick - O Bradd Pitt

Eh asal name tu cm tu syu?

Sebab die diperbuat daripada bread + peace + chicken + potato . pastu saya fikir - fikir  itu nama yang hot . Sebab Brad Pitt kan ? hehehe :p

Ok tak ? Ok tak ? (Sila cakap ok) OK!
Terima  kasih ! suka suka suka ! ;) sebab korang setuju. hehehe ;p 


ingredients ;p
*roti (gardenia/france loaf)
*susu segar
*telur
*kentang
*bawang (potong dadu)
*ayam isi/minced chicken
*kacang peas
*butter
*rempah kari
*garam secukup rase
*basil leaf (daun selasih)
*oat  & nestum
*tomato cherry (hiasan)


Bahagian A

        Rebus kentang dan lecek kan ia ( tmbah sedikit garam + daun basil)
*daun basil : menaikkan bau  ;)


      Masak inti dia :

Mula mula  tumbuk bawang putih .pastu masuk dalam kuali bile minyak dah panas.letak sikit je minyak. Pastu masukkan isi ayam + rempah kari* (*kalau korang nak pakai black paper atau rempah sup pun boleh) + bawang + kacang peas + garam. Masak sekejap

Inti ;p

Bahagian B :
Sapu butter kat bekas tuk dimasak

Masukkan roti yg telah di rendam ngan susu. Buat lapisan pertama

Ratakan kentang yang telah dilenyek & ratakan juge isi ayam + letak oat + nestum + telur (dikacau terlebih dahulu)

 Buat lagi lapisan roti & ulang langkah 3 *buat berapa lapisan yang anda suka

Untuk bahagian atas (terakhir) sekali letak tomato cherry yg dipotong empat & taburkan daun basil(selasih)

Bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 30 minit 

 MAKAN!

Jangan lupa cuba tau ! ;p


BAKED CHICK-O BRAD PITT ;)

p/s : sile cube bersungguh - sungguh ! ;p

syu.

Trust & Kepecayaan :)



do trust yourself !
yeah. . .

syu.

N.U.F.F.1

FoLLowers~! ^_^

shout , please ? ;p