05 February 2013

Kuih Cara Berlauk ;)


Kuih cara berlauk ;)

Hari ni nak bagitahu macam mana nak buat kuih Cara Berlauk ! hehehe . Disebabkan cuti semester sebelum masuk semester 2 Tahun 3 , maka ada banyak masa untuk main masak masak .

Yang paling penting untuk buat kuih ni kena ada acuan dia . sebab nanti nak masukkan bancuhan tepungkan ? hehehehe ;p

Ok mula mula siapkan 500g tepung gandum , 1 biji telur , 250ml santan dan sedikit garam , campurkan semua dan blendkan ! siap ! hehe . Kalau santan ada sikit tambahkan air ;) 

Untuk lauk dia .Tumbuk bawang putih 4-5 biji dan masukkan ke dalam kuali yang ada sedikit minyak panas masukkan rempah kari 3-4 sudu besar yang dikacau dengan air sedikit , dan masukkan 200g daging segar dipotong halus , gula 2 sudu besar dan satu sudu kecil garam ! potong daun sup sikit dan masukkan ! ;) 

Tuang tepung yang dah diblend tadi ke dalam acuan yang diletakkan sedikit butter supaya tak melekat dan masukkan satu sudu kecil daging yang telah disediakan dan potong lada merah dan biarkan di atas api selama beberapa minit ! 

dan . terenggggg !  dah boleh makan !  yeay ! hehehehehe ;p 

p/s :  lakukan dengan sepenuh hati in sha Allah sedap  ! hehehe ;p
meow ,meow, meow  
syu .


N.U.F.F.1

FoLLowers~! ^_^

shout , please ? ;p