15 September 2014

Cream Puff Recipe :)

Saya dapat resipi ni masa google , Dee nama nya tapi link dia tak ingat ? hehehe :p

Tapi memang sedap ! In sha Allah . Meow :p

Ada 2 bahagian satu cream puff satu lagi custard vanilla :

CREAM PUFF

  • 150g tepung gandum
  • 100g Butter/mentega
  • 250ml air
  • 1/2 sudu teh garam
  • 4 biji telur (pukul pakai garfu)
  • 1 sudu teh esen vanila
  • Icing sugar (untuk hiasan)
CARA - CARA

  1. Dalam periuk, masukkan air , butter & garam. Masak atas api perlahan & kacau hingga air mendidih dan butter cair
  2. Masukkan tepung & kacau dalam satu arah dengan cepat sehingga sebati dan menjadi doh. Pastikan api perlahan . Lepas sebati terus tutupkan api untuk elakkan air tersejat, sebab nanti doh jadi keras. Biarkan doh sejuk.
  3. Sementara itu, panaskan oven pada suhu 180 darjah C selama 15 minit
  4. Sapukan butter/mentega pada dulang pembakar
  5. Bila doh dah sejuk sikit, masukkan dalam bekas mixer. Pukul doh dan masukkan telur yang dah dicampur dengan esen vanila sikit-sikit. Pukul dengan perlahan sehingga aduanan nampak berkilat (dalam 3-4 minit)
  6. Masukkan doh dalam pipping beg. Guna nozel bintang kalau ade , kalau xde, potong je depan plastik. tapi jangan besar sangat dan jangan kecil sangat ! hehe
  7. Paip atas dulang bentuk yang dikehendaki . ( Macam bentuk cream puff) . Kalau nak comel , buat kecik sikit , kalau nak besar pun boleh , buat yang kita suka :) dan renjiskan/spray air pada cream puff tu.
  8. Terus bakar, pada suhu 180 darjah C selama 15 minit / sehingga nampak keuningan , guna api atas bawah dan keluarkan.

CUSTARD VANILLA
  • 350ml susu segar 
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 2-3 sudu besar gula halus (tapi kalau nak sedap , pakai susu pekat manis ) *kalau nak lebih manis tambahkan susu pekat manis/gula bergantung pada citarasa
  • 1 sudu besar esen vanila
  • secubit garam
CARA-CARA

  1. Dalam periuk , masukkan gula / susu pekat manis , garam dan tepung dan masukkan susu segar, kacau sebati
  2. Masak atas api perlahan dan kacau hingga pekat dan kental . matikan api
  3. Masukkan dalam pipping bag. Tunggu sejuk sikit untuk di paip dalam puff :)

CARA-CARA HIDANGAN

  1. potong bahagian tengah jangan sampai putus atau buat sikit lubang kalau xnak potong
  2. Paipkan custard vanila dalam puff
  3. Hiaskan dengan gula aising :)
*sedap dimakan kalau sejuk, (masukkan dalam chiller)




p/s : buat dengan sepenuh hati, in sha Allah jadi ! hehehe . meow :p

syu.

12 March 2014

Resipi Choc Lava Cake ♥



Cara yang mudah dan senang , in sha Allah , hari tu saya tengah tengok TV tetibe pengacara dia ajar buat Choc Lava Cake dengan hanya menggunakan 5 bahan ! ( Gula , Tepung, Butter , Coklat dan Telur ) Terima kasih awak . hehe :p

Mula mula :

*Pukul manual atau menggunakan mixer 3-4 biji telur bersama 4-5 sudu besar gula hingga kembang. (kalau nak manis lebihkan gula , kalau nak kurang manis kurangkan gula)

*Cairkan butter separuh daripada 250g dan masukkan coklat masakan satu bar sehingga dia mencair dengan api sederhana .

*Masukkan butter dan coklat tadi secara perlahan-lahan ke dalam campuran telur dan gula tadi kemudian  tambahkan 4-5 sudu tepung gandum .

*Masukkan ke dalam acuan kalau tiada acuan yang macam aluminium tu boleh jugak masukkan ke dalam acuan cupcakes pada suhu 175 darjah C selama 10 minit . Awak awak boleh keluarkan dia dari acuan atau biarkan dia saja kat dalam tu . sebab tak terlalu lama supaya lava tu wujud kat dalam dia , kalau rasa tak nak terlalu lava lebihkan masa 2 -3 minit , OK ? :)

dan yang paling penting , pilihah jenama coklat masakan yan anda suka , sebab ada sesetengah jenama yang lebih pahit rasa coklatnya , ada yang sedang-sedang dan ada yang memang mengikut citarasa , jadi selamat mencuba awak awak . meow :p



eh , da siap ! hehe :p


p/s : apa-apa perbuatan yang kita lakukakan , mulakan dengan Bismillah 
in sha Allah sedap dan sedap dan sedap ! meow meow meow :p hehe


syu.

22 January 2014

Ticket .



Teringat minggu lepas sewaktu nak balik dari UKM , minggu Peperiksaan pun dah tamat.  masa tu malam . Agak lama jugak tak naik komuter balik Seremban , lepas tu kaunter tiket tutup dan dalam beg duit ada duit kertas baru je , lepas tu tak boleh masuk machine sebab dia nak duit lama, pergi tukar dekat pakcik Taxi dekat bawah , naik balik , tetiba ada adik lelaki datang kata * ade duit pecah tak ?*sambil hulur duit rm50 , memang saya tak da lah duit pecah , tapi saya tanya dia * nak pergi mana?*  BTS dia kata . lepas tu saya bagi dia duit tambang, ambillah . Sebab nanti macam kesian pulak dia kena pergi tukar dan turun dan naik balik kat machine . Dia macam terpinga -pinga sambil ucap terima kasih . sama- sama ! :)

Saya pernah teringat dulu masa tahun 1 di UKM , sebelum nak beratur beli tiket tetiba ada orang datang tanya *Nak balik mana? * *saya nak balik Seremban* *Nah tiket pergi Seremban, ambillah. Hari ni punya , tak jadi nak balik* , dalam banyak banyak manusia yang ada Allah temukan dia dengan saya , terima kasih ya Allah dan terima kasih awak , itu maknanya kadang -kadang takdir Allah itu sangatlah indah , kita takkan pernah tahu apakah yang Allah ingin beri pada kita , jadi jangan sesekali berfikir yang negatif , yakinlah dan positifkan minda kerana setiap apa yang diucapkan dan difikirkan hati kita itu satu doa . tapi macam takde kaitan ea antara cerita tu dengan apa yang ditaip ? hehehe :p

Lepas tu jugak saya ade simpan satu tiket AEON sampai sekarang , september 2013 punya rasanya sebab masa tu gi AEON Seremban 2 , lepas tu dah bayar tiket nak keluar , lepastu kan dia termasuk diantara pintu lif , jatuh betul betul ke bawah pintu lif ! T_T pergi kaunter pertanyaan siap ade tulis *BERMULA NOVEMBER 2012 TIKET YANG HILANG DIDENDA RM20* ke RM30 ? tak ingat ? hehe , dalam hati kata , *ala, kena bayar 20/30 tu ke ?* Lepas tu cakap kat orang tu . *Awak, tiket saya hilang tapi saya tak sengaja bagi dia terjatuh kat lif tadi ? Tapi saya tak  nak kena denda banyak tu sebab saya tak sengaja terjatuhkan ? * hehe . orang tu kata *selalunya memang kena denda banyak tu . tapi xpelah , awak bayar je RM1 , nah mek tiket ni , tak yah bayar ape ape dah kat autopay terus keluar* terima kasih banyak dan saya berlalu pergi dengan gembiranya ! ingatkan dah habis kat situ  rupanya masa nak masukkan  tiket kat luar tu *TICKET REJECTED* 5 kali saya masukkan dia memang reject tiket tu , lepas tu tekan intercom , saya cakap lah , tiket rejected dan agaknya orang tadi nampak dari camera depan tempat tiket tu dia bukak je palang tu , jadi saya simpanlah tiket tu sampai sekarang , apepun nak cakap terima kasih banyak -banyak ! :)
Semoga kehidupan kita semua dipermudahkan ALLAH , ameen ya rabb .

sebarkan kebaikan agar kebaikan yang diperoleh , In sha Allah *Ustaz kata :p

memang kalau pasal tiket ni banyak sangat boleh cerita , ade lagi sebenarnya, tapi macam dah tak larat ? hehehehe :p

p/s : kadang - kadang ucapan terima kasih mampu membuatkan manusia rasa dihargai dan disayangi.

terima kasih ya Allah untuk kehidupan ini, dan terima kasih awak awak yang telah hadir atau bakal hadir dalam kehidupan . Ya Allah jadikan kami hambaMu yang bersyukur

Ameen ya rabb :)

Jumpa lagi ! meow meow meow.

syu.

13 January 2014

Jodoh Oh Jodoh



  NAK ! NAK ! BUNGA ROS MERAH tau ? *berusahasehabisbaikbuatmukayangpalingcomel!  hehe :p

Post pasal Jodoh lagi ? hehehe , sebab balik rumah hari tu kena tanya lagi , jangankan Mama , adik adik dan kakak kakak pun tanya ? hehehe :p

Macam mana nak jawab ni ? *Kak Eti xde pakwe lagi ?*  * Eti xde pakwe lagi ke? * *Bilanya nak ada pakwe ni Eti?* hahahaha . adoi . Ntah , Tak tahu. Tapi jangan risau saya tak stress pun dengan soalan soalan ni cuma tak tahu macam mana nak jawab ? *betul tak tipu ! hehe. ini mungkin sebab encik comel baik sopan tak muncul muncul lagi kan ? hehe .

Tapi Yakinlah sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui apa yang terbuku di dalam hati dan yang terbaik buat hamba - hambaNya. Jangan pernah lupa OK !

Secara jujurnya saya memang tak kesah tentang rupa paras. Sederhana would be be better dan kadang - kadang saya rasa saya suka orang yang sedikit tembam kot ? Ini mungkin disebabkan saya nak naikkan 2kg tapi tak dapat dapat dari dulu , jadi saya rasa yang tembam sikit tu macam comel ? HAHAHA ;D tapi kalau takdir saya dengan yang kurus kering pun xpe , janji dia bukan ikan kering ! #eh . hehehe :p

Tapi saya tak kesah cuma di dalam dunia akan datang nanti, saya berdoa kepada Allah semoga dia seorang yang mampu memperbaiki saya dari semasa ke semasa dan sama sama berusaha menjadi yang terbaik , yang pandai buat lawak comel, romatik! #eh . lagi . lemah lembut bicaranya dan  mampu menerima diri saya seadanya dan menyanyangi saya sepenuh hati keranaMu ya Allah dan saya berjanji pada diri untuk menjadi yang terbaik walau siapa pun awak nanti ! itu JANJI tau . In sha Allah .  hehehe :p

Tapi saya berharap Allah menemukan kita saat tepat masanya , saat tepat diri awak ialah si Putera comel yang bakal menjadi Putera comel selama lamanya dalam hidup dia si selebet ni ! heh ?  hehe :p  yeah . Ameen ya rabb ;)

Dan jangan pernah risau mengenai apa apa kerana Dia Mengetahui tiap tiap apa yang kita tidak ketahui . ingat Ok ? BAIKLAH ! hehehe :p

Mari berdoa supaya kita semua berjaya dunia akhirat . in sha Allah .

p/s : berkatalah yang baik walaupun di dalam hati dan berdoalah semoga kita sentiasa dirahmatiNya setiap masa !

ameen ya rabb ;)

eti.






03 January 2014

Pristine, me .



if i have wronged anyone give me the courage to apologize and if anyone wronged me give the courage to forgive .

Permudahkan segala urusan kami dan jangan biarkan kami lalai dalam nikmat dunia yang Engkau berikan. Bawalah kami menuju jalanMu

Sesungguhnya Engkau Mengetahui apa yang terbuku di dalam hati hati manusia ya Allah .


Banyak yang perlu dilakukan untuk menjadi manusia yang berjaya dunia akhirat , tapi jangan sesekali mengalah syu , YOU CAN DO IT , yeah .

saya harap awak awak awak dapat memperbetulkan saya saat saya tersalah ? meow meow meow . kalau saya tak dengar ROTAN je saya 3 kali . *pap pap pap* tapi tu kalau saya tak dengar ? tapi kalau saya dengar x boleh rotan tahu ? hehe :p

p/s : and i asked you Oh Allah , not to forget me in your forgiveness, ameen ya rabb :)
jangan nakal nakal ;p

syu.

N.U.F.F.1

FoLLowers~! ^_^

shout , please ? ;p