
Setiap insan yang dilahirkan pasti mempunyai perasaan cemburu. Tidak  kira semasa zaman kanak-kanak, remaja mahupun di kala usia mencecah  batas dewasa, perasaan cemburu tetap wujud dalam sanubari manusia. Bagi  pasangan yang bercinta, cemburu sentiasa mewarnai hubungan kasih yang  disemai bersama.
Cemburu sering dikaitkan dengan kaum Hawa. Percaya atau tidak, lelaki juga mempunyai perasaan cemburu yang terselindung di sebalik egonya. Malah tanpa disedari lelaki zaman ini juga ada kalanya menyimpan perasaan cemburu yang mengatasi kaum perempuan.
Jom kita lihat indeks cemburu kaum lelaki menurut bintang kelahiran…
Aquarius
Lelaki Aquarius biasanya akan menggunakan ayat-ayat yang memerli untuk  menunjukkan cemburunya. Jangan ingat dia sedang bergurau. Apabila topik  perbualannya hanya tertumpu pada seseorang saja, maka ternyatalah bahawa  dia sedang cemburu.
Indeks: xxx
Pisces
Lelaki yang paling mulia dan baik hati, lagi kuat cemburunya. Tak lain  dan tak bukan adalah lelaki Pisces. Indeks cemburunya amat  memeranjatkan. Kalau kekasihnya menderhaka kepadanya, dia akan menjadi  seperti wanita meraung-raung. Air matanya juga akan tenggelamkan anda.
Indeks: xxxxx
Aries
Lelaki Aries mempunyai sifat diktator secara semulajadi. Selain seorang  yang memerintah, dia juga suka mengawal orang lain. Tidak kira dalam apa  jua perkara, dia juga berharap menggunakan tenaga dan kuasanya untuk  menyelesaikannya. Apabila berhadapan dengan musuh kekasih, dia akan  segera mengambil tindakan untuk menyebabkan pihak lawan undur dari  mengurat kekasihnnya.
Indeks: xx
Taurus
Lelaki Taurus adalah lelaki yang peramah dan sangat jujur. Tapi jangan  ingat dia tidak tahu cemburu. Dia tidak dapat terima kekasihnya  menderhaka kepadanya. sekiranya dia dapat tahu anda keluar makan malam  dengan lelaki lain, buatlah persediaan untuk memberi penjelasan  kepadanya.
Indeks: xxxx
Gemini
Lelaki Gemini hanya menganggap cemburu itu sebagai satu permainan saja.  Dia ialah seorang yang suka bermain-main. Oleh itu, dia paling benci  akan cinta secara paksa. Malah dia tidak akan mungkin melepaskan peluang  untuk berkenalan dengan wanita lain walaupun sudah memiliki kekasih.  Jadi, indeks cemburu lelaki Gemini adalah kurang berbanding dengan  lelaki Zodiak lain.
Indeks: xxxx
Cancer
Secara kebetulan lelaki cancer terbalik dengan lelaki Gemini. Dia tidak  akan berjauhan dengan kekasih malah selalu berhimpit dengan kekasih. Ini  adalah kerana dia mempunyai perasaan kekosongan dan juga perasaan tidak  selamat. ( jangan ingat hanya perempuan saja yang mempunyai perasaan  tidak selamat.) Bayangkan kalau kekasihnya meninggalkanya, cemburu pasti  akan menghuru-harakan dunia ini.
Indeks: xxxxx
Leo
Lelaki Leo sangat ego dan juga sangat tabah. Dia tidak akan cemburu  kerana perkara yang remeh temeh. Dia tidak akan menyebabkan air muka  dirinya jatuh kerana cemburu. Walaupun kekasihnya telah melakukan  perkara yang membuatkannya marah, namun dia tetap akan mengekalkan  perasaan yang tenang untuk berbincang dengan kekasihnya.
Indeks: xx
Virgo
Cemburu lelaki Virgo amat memeranjatkan. Lelaki Virgo tidak mempunyai  hati yang lapang dan juga pemikiran yang luas. Cemburu telah menjadi  perkara biasa dalam kehidupan pasangan ini. Walaupun dia amat mencintai  kekasihnya, namun tetap bergaduh besar dengan kekasih kerana cemburu.
Indeks: xxxx
Libra
Lelaki Libra mementingkan imejnya yang bertatatertib. Disebabkan cemburu  akan menjejaskan imejnya, maka dia rela mengekalkan penampilan yang  baik. Sebenarnya dia tidak ingin menimbulkan perselisihan dengan kekasih  akibat cemburu yang akan menjejaskan hubungan mereka.
Indeks: x
Scorpio
Semakin mendalam cinta terhadap kekasih semakin kuat cemburu. Inilah  yang boleh menggambarkan lelaki scorpio. Dia menghormati dan cinta  sepenuhnya terhadap kekasih. Tetapi cemburunya juga tidak kurang.  Sekiranya kekasihnya menunjukkan sebarang kemusykilan, maka dia akan  menunjukkan cemburunya.
Indeks: xxxx
Sagitarius
Lelaki Sagitarius juga boleh cemburu. Namun cemburunya datang dengan  cepat, pergi juga cepat. Dia selalunya cemburu sebelum mengenal pasti  perkara sebenarnya. Apabila mengetahui hal sebenarnya cemburu pun reda.  Tapi, apabila dia ada matlamat baru dia akan meninggalkan kekasih yang  sering membuatnya cemburu.
Indeks: xxx
Capricorn
Lelaki Capricorn mempunyai sikap yang pesimistik. Dia merasa rendah diri  di dalam kehidupan. Apabila dia berasa cemburu, dia tidak akan  tunjukkan pada kekasihnya sebaliknya akan mengeluarkan ketidakpuasan ini  pada tempat lain seperti sukan atau di tempat kerja.
Indeks: xxx
ngek.
 
No comments:
Post a Comment